Ahlan wasahla..(welcome)

''Alhamdulillah...dengan izinNya,,Abid mustapha dapat berkongsi sedikit sebanyak isu semasa yang berkaitan dengan Ad-din dan perkara yang berkaitan dengan amalan hidup kita seharian...''



Monday, May 16, 2011

terima kasih CIKGU!


"Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah & aku bersaksi Nabi Muhammad s.a.w utusan Allah"








ASSALAMUALAIKUM...

Disini Ihsan ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik, khususnya cikgu2 di SK SERI KOTA, SMKA FALAHIAH, SBP INTEGRASI BATU RAKIT, dan tidak lupa kepada para pensyarah di KOLEJ MATRIKULASI KEDAH. Jasamu di kenanag, InshaAllah bitaufiq waNajjah.

Wahai guru-guruku...ampunkan segala kesilapan ku smasa menjadi anak di bawah didikanmu... Semoga Allah mengasihimu...InshaAllah





Thursday, April 28, 2011

Di manakah kamu wahai sahabat?

Kita sama2lah muhasabah diri...agar menjadi insan yang lebih baik dari semalam!


1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun
hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah.

8)Cool Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan
banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera.



WASSALAM...

Tuesday, April 26, 2011

Pentingnya menjaga HATI

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Hati kita ni boleh di umpakan dgn jasad kita, perlu diberikan makan dan menjaga dari segi zahir &batinya. Apabila rosaknya hati maka rosaklah jasad tersebut...sedarlah kita bila mana ALLAH telah meletakkan setitik tompok hitam di hati kita,maka jauh la rahmatya dari kita.mulala wujudnya penyakit hati seperti hasad dengki,buruk sangka sesama manusia hatta  dgn pencipta kita ALLAH Azzawajalla pun kita bleh berburuk sangka.puncanya bermula daripada hati.ujung pangkalnya bermula dari hati!Sesungguhnya Allah maha mengetahui...
banyak2 kanlah solat tahajjud dan istigfar setipa hari.Hal ini demikian kerana, mengingati Allah adalah ubat yg paling berkesan dan mudah.Selain itu,baca quran setipa hari dan bersangka baik pada semua org..insyaAALLAH kita di pelihara daripada kejahatan & fitnah di langit dan di bumi..Amin..


Monday, April 25, 2011

Keluraga Bahagia

AsSalam..
Setiap insan meinginkan keluarga bahagia..Tapi apa yang di maksudkan dengan keluarga bahagia ni??
AL-QURAN DAN KELUARGA BAHAGIA

Bersyukurlah apa yang kita ada...jangan riak wahai teman2ku...

Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yang Aku Inginkan !!
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN ? 
QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (Surah Al-Baqarah ayat 286)


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST ? 
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." (Surah Al-Imran ayat 139) 

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ? 
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). " 


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ? 
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI ? 
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? (Surah At-Taubah ayat 111)


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " (Surah At-Taubah ayat 129) 


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN !!! 
QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12)


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI ? 
QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)